Dengan hanya modal RM5,000, Kak Ratna bukan sahaja berjaya menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan ayam gunting, malah impiannya untuk menunaikan Umrah bersama keluarga turut tercapai. Tonton video temubual eksklusif ini untuk mengetahui kisah benar kejayaannya serta langkah memulakan perniagaan ayam gunting yang berpotensi tinggi.
Bagaimana Kak Ratna Bermula dalam Perniagaan Ayam Gunting Alis Fried Chicken
S: Bolehkah Kak Ratna ceritakan sebab Kak Ratna mula berniaga ayam gunting?
J: Assalamualaikum dan selamat petang. Sebelum mula berniaga Ayam Gunting, Kak Ratna pernah menjual pelbagai jenis produk, tetapi sukar untuk menabung kerana modal perlu digunakan semula untuk pusingan harian. Kemudian, Kak Ratna beralih kepada perniagaan ice blended, dan barulah hasilnya menunjukkan peningkatan. Kak Ratna mula mencari perniagaan lain yang boleh menambahkan pendapatan dan akhirnya menemui peluang dalam perniagaan Ayam Gunting melalui Alis Fried Chicken.
Rahsia Kejayaan Perniagaan Ayam Gunting Kak Ratna
S: Berapa lama Kak Ratna mendapat pulang modal?
J: Kak Ratna hanya mengambil masa tiga bulan untuk mendapatkan semula modal daripada perniagaan ayam gunting ini. Selepas dua tahun berniaga, Kak Ratna berjaya membeli dua buah lori, tiga buah kereta dan dua biji motosikal. Selain itu, Kak Ratna juga berpeluang membawa keluarga melancong tiga kali setahun serta menunaikan Umrah bersama seluruh keluarga.
S: Apakah rahsia kejayaan perniagaan Kak Ratna dalam ayam gunting?
J: Rahsia perniagaan Kak Ratna ialah sentiasa mementingkan kebersihan, kekemasan, dan yang paling penting, memberikan servis terbaik kepada pelanggan. Apabila kita memberi layanan yang baik, pelanggan pasti akan datang semula. Sepanjang Kak Ratna berniaga, pelanggan bukan sahaja dari kawasan Sungai Besi, malah ramai juga yang datang dari luar seperti Putrajaya dan Rawang. Mereka sanggup datang ke pasar malam Sungai Besi semata-mata untuk membeli daripada Kak Ratna.
Perancangan Masa Depan untuk Perniagaan Ayam Gunting
S: Apakah perancangan atau harapan Kak Ratna terhadap perniagaan ayam gunting?
J: Perancangan Kak Ratna adalah untuk menjadikan food truck sebagai satu platform perniagaan gabungan iaitu ayam gunting Alis Fried Chicken dan minuman ice-blended dijual bersama. Jika diberi peluang, Kak Ratna berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan ini ke negeri-negeri lain, malah ke peringkat antarabangsa. Buat masa ini, Kak Ratna hanya berniaga di tiga lokasi utama, iaitu di Pasar Malam Sungai Besi, Pasar Malam Bandar Tun Razak, dan Universiti Pertahanan Malaysia.
Tips Memulakan Perniagaan Ayam Gunting dari Kak Ratna
S: Apakah nasihat Kak Ratna terhadap orang yang ingin mula berniaga?
J: Bagi peniaga yang bermula dengan model perniagaan kecil-kecilan, Kak Ratna menasihati agar tidak perlu membeli set dapur yang mahal. Mereka boleh mula dengan pakej perniagaan Alis Fried Chicken dan pekerja akan mengajar tentang cara menggoreng dan mengunting ayam. Contohnya, adik ipar saya mula berniaga ayam gunting dan kini memperoleh pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan.

