Memulakan Perniagaan sebagai Usahawan Muda di Malaysia: Idea Kerja Sampingan & Model Perniagaan

Pasukan Alis Fried Chicken
Menjadi usahawan di Malaysia ketika usia muda merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Dengan peluang yang semakin banyak sekarang, memulakan perniagaan secara sambilan atau sepenuh masa menjadi lebih mudah. Namun, pemilihan model perniagaan yang sesuai dengan minat dan modal amat penting bagi membuka ruang untuk terus berkembang.

1. Perniagaan Makanan: Membuka Gerai Makanan

Perniagaan makanan merupakan antara yang paling mudah untuk dimulakan, dan gerai makan ialah contoh terbaik bagi model perniagaan yang mudah diakses dan menguntungkan. Sektor makanan di Malaysia terus berkembang, dan membuka cawangan gerai makan boleh menjana pendapatan dengan pelaburan yang agak rendah serta risiko yang minimum.

Alis Fried Chicken: Building careers, uplifting families, and creating local food legends.

Gerai Makanan Persendirian

Sekiranya anda mempunyai minat dalam bidang masakan dan sering mengasah kemahiran di rumah, mengapa tidak menggunakan bakat tersebut untuk menjadikannya sebagai peluang perniagaan? Banyak perusahaan yang berjaya bermula sebagai hobi dan bertukar menjadi kerjaya sambilan yang berkembang maju.

Contohnya, mendiang Datuk Haji Samuri Juraimi pengasas Sate Kajang Haji Samuri. Perniagaan beliau bermula sebagai gerai sate kecil di Medan Sate Kajang pada tahun 1992 dan akhirnya berkembang menjadi antara jenama sate yang paling terkenal di Malaysia. Dengan memberi tumpuan kepada hidangan tempatan yang mudah tetapi digemari ramai, konsistensi rasa dan jenama yang kukuh, perniagaannya berkembang daripada sebuah gerai kepada pelbagai cawangan di seluruh Selangor.

Cawangan Gerai Makanan

Jangan bimbang jika anda tidak mempunyai pengalaman memasak atau bakat kulinari, masih terdapat banyak peluang dan pakej perniagaan seperti Alis Fried Chicken.


Alis Fried Chicken adalah contoh terbaik perniagaan gerai makanan yang berjaya. Jenama ini telah membina pengaruh yang kuat melalui rangkaian cawangan pembekal “Alimart” di seluruh Malaysia, sekali gus memudahkan urusan penambahan stok serta pengembangan perniagaan. Ayam Gunting yang terkenal menjadi pilihan ramai, dan populariti jenama yang telah sedia ada dapat menjimatkan usaha anda untuk membina nama dari awal. Dengan kekuatan jenama dan permintaan yang sentiasa tinggi, potensi pendapatan untuk cawangan adalah besar.

Mengapa Memilih Gerai Makanan Yang Berjenama?

Kos Permulaan yang Rendah

Memulakan gerai penjaja (hawker) adalah sangat berpatutan kerana anda tidak perlu menyewa kedai fizikal atau membeli peralatan yang mahal. Sebagai contoh, yuran tapak di pasar malam pada umumnya adalah rendah. Kebanyakan gerai boleh mula beroperasi dengan kelengkapan yang ringkas, sekali gus memberikan pulangan pelaburan yang cepat.

Bekalan Stok yang Mudah & Konsisten

Kelebihan utama perniagaan ini ialah bahan-bahan mentah yang mudah diperoleh dan stok boleh ditambah dengan kerap, terutamanya jika anda bekerjasama dengan pembekal yang boleh dipercayai. Sebagai contoh, Alis Fried Chicken mempunyai pelbagai cawangan Alimart di seluruh Malaysia, memudahkan anda mendapatkan bekalan bahan mentah secara konsisten.

Pengiktirafan Jenama

Anda tidak perlu membina jenama atau produk sendiri dari awal. Contohnya, anda boleh bekerjasama dengan jenama yang sedia ada seperti Alis Fried Chicken. Melalui jenama yang sudah dipercayai dan dikenali ramai, anda dapat mengatasi cabaran membina reputasi perniagaan yang baharu.

Potensi Pendapatan:

Anggaran kos penyediaan awal adalah sekitar RM5,000 hingga RM10,000, termasuk kelengkapan gerai, peralatan memasak, bahan mentah dan pembungkusan. Dengan Pakej Startup Alis Fried Chicken yang berharga RM4,199, anda akan menerima semua kelengkapan untuk memulakan gerai makanan, termasuk latihan, bahan pemasaran, serta sokongan berterusan.

Purata Pendapatan

Sekiranya anda beroperasi di pasar malam, anggaran pendapatan harian adalah antara RM200 hingga RM500 ke atas. Jumlah ini tertakluk kepada faktor lokasi, tumpuan pelanggan dan strategi harga produk.

Anda boleh menonton video mereka di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alis Fried Chicken.

2. E-Dagang: Membuka Kedai Dalam Talian

Pada era digital ini, e-dagang merupakan salah satu model perniagaan yang paling mudah diakses dan berskala. Sama ada anda menjual pakaian, gajet atau kraftangan, kedai dalam talian boleh dilancarkan dengan pelaburan yang agak rendah serta kos operasi yang minimum.

Mengapa Perniaagan Ini Berkesan:

Kos Overhed Rendah:

Kedai fizikal tradisional memerlukan kos yang tinggi seperti sewa premis, utiliti dan gaji pekerja. Dengan e-dagang, anda hanya memerlukan laman web, komputer riba, dan produk untuk dijual supaya dapat mengurangkan kos permulaan secara drastik.

Jangkauan Global:

Platform seperti Shopee, Lazada, Facebook dan TikTok memudahkan anda menarik pelanggan di peringkat tempatan dan antarabangsa tanpa memerlukan kedai fizikal. Ini membolehkan perniagaan berkembang dengan pantas dan menembusi pasaran dengan lebih luas.

Potensi Pertumbuhan:

Apabila perniagaan berkembang, anda boleh memperluas rangkaian produk, menambah penjenamaan yang sesuai, dan mencuba strategi pemasaran digital baharu, seperti iklan media sosial atau kerjasama dengan pempengaruh (influencer).

Pengurusan Inventori yang Fleksibel:

Anda boleh memilih model perniagaan seperti dropshipping atau menjual produk terus daripada pembekal supaya dapat mengurangkan pengurusan inventori

Apakah Itu Dropshipping?

Dropshipping adalah model perniagaan di mana anda menjual produk kepada pelanggan tanpa perlu menyimpan stok. Apabila pelanggan membuat pembelian, produk tersebut dihantar terus daripada pembekal dan anda mendapat keuntungan daripada perbezaan harga. Berikut adalah sebab mengapa sesetengah usahawan memilih dropshipping berbanding dengan menjual produk sendiri:

Risiko Rendah

Anda tidak perlu membeli atau menyimpan kuantiti produk yang banyak pada mulanya. Ini mengurangkan risiko lambakan stok yang sering berlaku dalam perniagaan runcit tradisional.

Rangkaian Produk Yang Luas

Anda boleh menjual pelbagai jenis barangan daripada elektronik hingga aksesori fesyen tanpa perlu bimbang tentang ruang penyimpanan fizikal.

Kebolehskalaan

Dropshipping membolehkan anda mengembangkan perniagaan dengan pantas. Anda boleh memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha pemasaran dan pembesaran rangkaian pelanggan kerana tidak perlu menguruskan inventori.

Potensi Pendapatan:

Kos Permulaan

Memulakan perniagaan e-dagang memerlukan modal antara RM1,000 hingga RM5,000 untuk sumber produk, pembinaan laman web dan pemasaran awal. Walau bagaimanapun ,perniagaan dropshipping boleh dilancarkan dengan kos lebih rendah, iaitu sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sahaja untuk pembinaan laman web dan pemasaran awal.

Purata Pendapatan

Melalui strategi pemasaran yang berkesan, perniagaan ini mampu menjana ratusan hingga ribuan ringgit sebulan. Potensi ini menjadikannya pilihan ideal sebagai perniagaan sampingan yang fleksibel buat pekerja sepenuh masa.

3. Perkhidmatan Digital Secara Bebas (Freelance): Bekerja di Mana-Mana Sahaja

Jika anda mempunyai kepakaran dalam reka bentuk grafik, teknik penulisan (copywriting), suntingan video, pengurusan media sosial, atau pembangunan web, perniagaan ini adalah platform terbaik untuk bermula dengan modal minimum. Era digital kini memudahkan proses pencarian pelanggan dari seluruh dunia tanpa sebarang sempadan.

Mengapa Perniagaan Ini Berkesan:

Pelaburan Minimum:

Anda hanya memerlukan sebuah komputer riba dan internet yang stabil untuk bermula.

Jadual Fleksibel:

Kebebasan bekerja dari mana-mana sahaja membolehkan anda menguruskan masa sendiri, serta memilih projek yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda.

Permintaan Tinggi:

Syarikat permulaan (startup) dan korporat kini amat memerlukan perkhidmatan digital seperti pengurusan media sosial, penciptaan kandungan, dan pengoptimuman enjin carian (SEO) untuk kekal kompetitif dalam talian. Norma baharu kerja jarak jauh (remote work) turut meningkatkan permintaan di peringkat global.

Terdapat pelbagai platform di mana anda boleh memulakan kerja bebas. Sebagai contoh, Fiverr, upwork.com dan freelancer.com adalah platform yang menghubungkan pekerja bebas dengan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan seperti reka bentuk grafik, teknik penulisan dan suntingan video.


Sebagai contoh, Siti Aishah Sabtu yang berusia 44 tahun telah menyertai program GLOW MDEC (Global Online Workforce). Program ini melatih rakyat Malaysia menjadi pekerja bebas digital (freelancer). Selepas menamatkan program tersebut, beliau mula bekerja sebagai pembantu maya, penyelidik pasaran, dan penterjemah, dengan pendapatan mencecah lebih RM10,000 melalui pekerjaan bebasnya. Anda boleh mendengar kisahnya yang penuh inspirasi di sini.

Potensi Pendapatan:

Pendapatan Pekerja Bebas

Pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 adalah sangat realistik bagi pekerja bebas. Lebih-lebih lagi, banyak PKS kini lebih gemar melantik pekerja bebas kerana ia lebih kos efektif berbanding dengan menggunakan perkhidmatan agensi. Apabila anda sudah mempunyai pengalaman dan portfolio yang kukuh, sasaran pendapatan RM10,000 sebulan mampu dicapai.

4. Perkhidmatan Pengurusan Acara: Menjadikan Setiap Majlis Tidak Boleh Dilupakan

Jika anda berminat dalam mencipta pengalaman yang bermakna dalam bidang pengurusan, menawarkan perkhidmatan pengurusan acara boleh menjadi satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Daripada acara korporat dan perkahwinan sehinggalah majlis hari jadi, permintaan terhadap golongan profesional seperti penganjur, jurugambar, videografer, pengacara, dan DJ sentiasa tinggi.

Mengapa Perniagaan Ini Berkesan:

Fleksibiliti Kreatif

Bidang ini membolehkan anda menonjolkan kreativiti dengan menghasilkan pengalaman yang unik dan sesuai untuk setiap pelanggan. Sama ada merancang persidangan korporat, merakam perkahwinan, mahupun menceriakan suasana parti sebagai pengacara atau DJ terdapat banyak ruang untuk memajukan perniagaan anda.

Pasaran yang Berkembang

Masyarakat akan sentiasa meraikan majlis-majlis menyebabkan permintaan terhadap perkhidmatan ini tidak pernah surut. Di Malaysia, acara seperti perkahwinan, pelancaran produk, sambutan perayaan, dan majlis korporat sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup kita, sekali gus membuka peluang yang luas bagi penyedia perkhidmatan.

Kepelbagaian Bidang

Perkhidmatan pengurusan acara tidak terhad kepada pengurusan semata-mata. Anda boleh menumpukan dalam bidang tertentu seperti fotografi, videografi, muzik, atau pengacaraan untuk membina identiti (niche) tersendiri dalam industri yang pesat ini.

Potensi Pendapatan:

Pendapatan

Bergantung kepada jenis acara dan kepakaran, penyedia perkhidmatan boleh menjana pendapatan antara RM2,000 hingga RM5,000 untuk satu acara. Majlis yang lebih besar seperti perkahwinan mewah atau acara korporatmampu memberikan pulangan yang jauh lebih lumayan, terutamanya jika anda menawarkan kemahiran khusus seperti fotografi profesional, suntingan video, atau persembahan DJ secara langsung.

Menawarkan pelbagai perkhidmatan majlis memberikan anda fleksibiliti untuk mengembangkan perniagaan, meluaskan rangkaian pelanggan, dan terus memanfaatkan permintaan yang konsisten untuk pengalaman yang tidak dilupakan

Perbandingan

Kerja Sampingan Potensi Pendapatan Kemahiran Diperlukan Halangan
Gerai Jualan Makanan RM2,000–RM5,000 (pemula) Ya (memasak, pengurusan operasi) Memerlukan tenaga fizikal yang tinggi, disiplin serta bergantung pada lokasi dan cuaca.
Perniagaan Dalam Talian (Dropship) RM3,000–RM5,000+ (pemula) Ya (pemasaran digital, e-dagang) Terikat dengan peraturan platform, persaingan tinggi dan memerlukan strategi pemasaran yang kuat.
Kerja Bebas (Freelance) RM3,000–RM5,000+ (pemula) Ya (perkhidmatan digital) Kejayaan bergantung pada portfolio dan ulasan pelanggan, sukar untuk pemula.
Perkhidmatan Pengurusan Acara RM2,000–RM5,000 setiap acara Ya (perancangan, kemahiran teknikal) Pendapatan berasaskan permintaan, bergantung pada reputasi dan memerlukan vendor dan rakan kongsi.

Ringkasan:

Setiap kerja sampingan menawarkan potensi pendapatan yang baik, tetapi mempunyai cabaran tertentu:

  • Gerai penjaja seperti Alis Fried Chicken memerlukan kerja keras dan bergantung pada lokasi/cuaca.
  • Perniagaan dalam talian dan dropshipping menghadapi persaingan platform dan masalah pemasaran.
  • Kerja digital bebas memerlukan ulasan pelanggan dan portfolio yang kukuh, terutamanya untuk pemula.
  • Perkhidmatan pengurusan acara adalah berasaskan permintaan dan memerlukan sumber tambahan seperti pembekal atau rakan kongsi.
  •  

Kesimpulan: Peluang Yang Luas

Terdapat banyak pilihan seperti gerai makanan, e-dagang dan kerja bebas digital untuk memulakan perniagaan sampingan sebagai usahawan muda di Malaysia dan tidak semestinya memerlukan modal yang besar atau membebankan.

Ingatlah bahawa memulakan langkah yang kecil hari ini dapat membina satu empayar yang besar pada masa hadapan. Setiap usaha yang bermula dengan langkah yang betul mempunyai potensi tanpa had untuk mencapai kejayaan luar biasa.