
Terma & Syarat
Peraduan Cabutan Bertuah
#SotongRajaBonanza
BAHASA MALAYSIA
TERMA & SYARAT
PERADUAN CABUTAN BERTUAH
#SotongRajaBonanza ALIS FRIED CHICKEN
BAHAGIAN I: PENGANJUR DAN TEMPOH PERADUAN
Kelayakan:
- Peraduan Cabutan Bertuah #SotongRajaBonanza ALIS FRIED CHICKEN (berikutnya disebut “Peraduan”) terbuka kepada semua penduduk Malaysia.
- Pekerja, ahli keluarga terdekat, atau wakil ALIS FRIED CHICKEN, termasuk anak syarikat, agensi pengiklanan dan promosi, dan mana-mana pihak lain yang terlibat dalam penganjuran dan pelaksanaan Peraduan, tidak layak untuk menyertai.
- Bukti pengenalan mungkin diminta oleh pihak ALIS FRIED CHICKEN (berikutnya disebut “Penganjur”).
Tempoh Peraduan:
- Peraduan ini akan bermula pada 1 Ogos 2023 dan berakhir pada 30 September 2023 (berikutnya disebut “Tempoh Peraduan”).
- Penganjur berhak mengubah atau memanjangkan Tempoh Peraduan atas budi bicaranya tanpa notis terlebih dahulu.
Penyertaan:
- Peserta mesti “Follow” laman Facebook rasmi ALIS FRIED CHICKEN sepanjang Tempoh Peraduan sehingga tamat sesi cabutan bertuah LIVE di Facebook pada 10 Oktober 2023.
- Peserta mesti hadir dan sertai sesi Facebook LIVE yang ditetapkan secara aktif dengan berkongsi dan memberi komen semasa sesi Facebook LIVE Peraduan tersebut dijalankan.
Pemilihan Pemenang:
- Pemenang akan dipilih secara langsung melalui sesi cabutan bertuah LIVE di Facebook pada 10 Oktober 2023.
- Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan tiket masuk Peraduan yang diterima semasa Tempoh Peraduan secara rawak.
- Setiap 1,000 mata ALIS yang diperoleh akan memberikan peserta satu tiket masuk Peraduan.
- Hanya mata ALIS terkumpul melalui pembelian produk Sotong Raja ALIS FRIED CHICKEN yang layak memperoleh tiket masuk peraduan. Setiap RM1 nilai pembelian produk Sotong Raja akan memberikan peserta satu mata ALIS.
- Ganjaran mata ALIS akan diberikan secara 2 kali ganda khusus untuk pembelian produk Sotong Raja saiz B sahaja.
- Pemenang perlu mengikut arahan yang diberikan oleh Penganjur semasa LIVE bagi tujuan pengesahan pemenang. Kegagalan mengikut arahan boleh menyebabkan kemenangan peserta dibatalkan.
- Sekiranya nama pemenang sedia ada dicabut lagi, nama pemenang tersebut tidak dikira dan nama baru akan dicabut sekali lagi.
Garis Panduan Penyertaan:
- Peserta mesti menyediakan maklumat yang tepat dan lengkap semasa proses penyertaan Peraduan.
- Penyertaan berganda daripada peserta yang sama akan diterima. Penyertaan berganda daripada peserta yang sama akan diterima. Jika ganjaran mata ALIS bagi setiap peserta adalah berganda (2,000 mata, 3,000 mata, 4,000 mata, & seterusnya) maka tiket penyertaan Peraduan yang diperoleh oleh peserta juga akan digandakan (2 tiket, 3 tiket, 4 tiket, & seterusnya).
Fair Play:
- Sebarang bentuk penipuan, manipulasi, atau amalan yang tidak adil, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan bot atau sistem automatik, akan mengakibatkan pemutusan penyertaan.
- Penganjur berhak mengambil tindakan undang-undang yang sesuai terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam aktiviti penipuan atau mengganggu kesaksamaan Peraduan.
BAHAGIAN II: HADIAH UNTUK PEMENANG
Butiran Hadiah:
- Hadiah-hadiah berikut akan diberikan:
- Hadiah Pertama: 50 pek Sotong Raja saiz B bernilai RM5,100
- Hadiah Kedua: 30 pek Sotong Raja saiz B bernilai RM3,060
- Hadiah Ketiga: 10 pek Sotong Raja saiz B bernilai RM1,020
- Hadiah Saguhati: 2 pek Sotong Raja saiz B bernilai RM 204 untuk 5 pemenang
- Hadiah-hadiah adalah tidak boleh dipindahmilik, tidak boleh ditukar dengan produk lain, tidak boleh dikembalikan, dan tidak boleh dijual kepada individu atau entiti lain.
- Penganjur berhak menggantikan hadiah-hadiah dengan alternatif yang bersama atau lebih tinggi nilainya tanpa notis terlebih dahulu.
- Hadiah-hadiah berikut akan diberikan:
BAHAGIAN III: PENGUMUMAN PEMENANG DAN PEMUNGUTAN HADIAH
Pengumuman Pemenang:
- Pemenang-pemenang Peraduan akan diumumkan semasa sesi cabutan bertuah LIVE di Facebook pada 10 Oktober 2023.
- Pengumuman pemenang juga akan dimuatnaik di laman Facebook rasmi ALIS FRIED CHICKEN dan laman web rasmi ALIS FRIED CHICKEN.
Pengesahan dan Pemungutan Hadiah:
- Pemenang-pemenang mesti menyediakan pengenalan yang sah dan sebarang dokumen yang diminta untuk tujuan pengesahan.
- Pemenang-pemenang mesti menuntut hadiah mereka di cawangan Alimart terdekat selewat-lewatnya sebelum 31 Disember 2023.
- Kelewatan menuntut hadiah tidak akan dilayan sama sekali dan hadiah akan dilucuthak.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan produk lain atau ditukarkan kepada wang tunai.
- Hadiah hanya untuk kegunaan peribadi pemenang-pemenang dan tidak boleh dijual atau dipindahmilik kepada orang lain.
Persetujuan untuk Publisiti:
Dengan menyertai Peraduan, pemenang-pemenang bersetuju memberikan kebenaran kepada ALIS FRIED CHICKEN untuk menerbitkan dan menggunakan penyertaan mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama pemenang, temu bual, komen, dan gambar, untuk tujuan pengiklanan dan promosi, sama ada pada masa ini atau masa depan, tanpa sebarang bayaran.
BAHAGIAN IV: HAK PENGANJUR
Pindaan atau Penamatan, dan Perjanjian Mengikat
- Dengan menyertai Peraduan ini, peserta mengakui bahawa mereka telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
- ALIS FRIED CHICKEN selaku Penganjur berhak mengubah, menangguhkan, atau menamatkan Peraduan, atau meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Keputusan Penganjur adalah muktamad dan mengikat, tidak boleh dipertikaikan.
Bahasa:
Terma dan Syarat ini disediakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan antara dua versi ini, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai. Kewujudan dua versi Terma dan Syarat ini tidak akan menimbulkan keraguan, kekaburan, atau mengubah hak dan tanggungjawab Penganjur.
Inilah Terma dan Syarat Peraduan Cabutan Bertuah #SotongRajaBonanza ALIS FRIED CHICKEN. Sila baca dengan teliti sebelum menyertai peraduan ini. Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah memahami, menerima, dan bersetuju dengan Terma dan Syarat ini.
ENGLISH
TERMS & CONDITIONS
Peraduan Cabutan Bertuah
#SotongRajaBonanza ALIS FRIED CHICKEN
PART I: ORGANIZER AND CONTEST DURATION
Eligibility:
- The Peraduan Cabutan Bertuah #SotongRajaBonanza ALIS FRIED CHICKEN (the “Contest”) is open to all Malaysian residents.
- Employees, immediate family members, or representatives of ALIS FRIED CHICKEN, including its affiliates, subsidiaries, advertising and promotion agencies, and any other parties involved in the organization and execution of the Contest, are not eligible to participate.
- Proof of identification may be requested by ALIS FRIED CHICKEN (the “Organizer”).
Contest Duration:
- The Contest will commence on August 01, 2023, and conclude on September 30, 2023 (the “Contest Period”).
- The Organizer reserves the right to modify or extend the Contest Period at its sole discretion without prior notice.
Participations:
- Participants must “Follow” ALIS FRIED CHICKEN’s official Facebook page throughout the Contest Period until the end of the lucky draw session hosted LIVE on Facebook on October 10, 2023.
- Participants must be present and participate actively by sharing and commenting during the designated Facebook LIVE sessions related to the Contest.
Selection of Winners:
- Winners will be selected through the lucky draw session hosted LIVE on Facebook on October 10, 2023.
- Winners selection is based on random drawing of the Contest entry tickets received during the Contest Period.
- Every 1,000 ALIS points earned will entitle participants to one entry ticket to the Contest.
- Only ALIS points accumulated through the purchase of ALIS FRIED CHICKEN’s Sotong Raja products are eligible to obtain the Contest entry tickets. Every RM1 worth of Sotong Raja product purchases will give participants one ALIS point.
- Double ALIS points will be given specifically for the purchase of Sotong Raja B-size products only.
- Winners need to follow instructions given by the Organizer during LIVE for winners verification. Failure to comply the instructions may result forfeit for the particular participant and re-draw will be done to pick a new winner.
- If an existing winner’s name is drawn again, the winner’s name will not be counted and the new name will be drawn again.
Entry Guidelines:
- Participants must provide accurate and complete information during the Contest entry process.
- Multiple entries from the same participant will be accepted. If the reward of ALIS points for each participant is double (2,000 points, 3,000 points, 4,000 points, & so on) then the Contest entry ticket gained by the participants will also be doubled (2 tickets, 3 tickets, 4 tickets, & so on).
Fair Play:
- Any form of cheating, manipulation, or unfair practices, including but not limited to the use of bots or automated systems, will result in disqualification.
- The Organizer reserves the right to take appropriate legal action against any individual found to be engaging in fraudulent activities or disrupting the fairness of the Contest.
PART II: PRIZES FOR WINNERS
Prize Details:
- The following prizes will be awarded:
- 1st prize: 50 packets of Sotong Raja B-size valued at RM5,100
- 2nd prize: 30 packets of Sotong Raja B-size valued at RM3,060
- 3rd prize: 10 packets of Sotong Raja B-size valued at RM1,020
- Consolation prizes: 2 packets of Sotong Raja B-size valued at RM204 for 5 winners
- Prizes are non-transferable, non-exchangeable, non-refundable, and non-sellable to another individual or entity.
- The Organizer reserves the right to substitute the prizes with alternatives of equal or greater value without prior notice.
- The following prizes will be awarded:
PART III: ANNOUNCEMENT OF WINNERS AND PRIZE REDEMPTION
Winner Announcement:
- The winners of the Contest will be announced during the lucky draw session hosted LIVE on Facebook.
- The announcement will also be uploaded on ALIS FRIED CHICKEN’s official Facebook page and ALIS FRIED CHICKEN Official Website.
Verification and Prize Redemption:
- Winners must provide valid identification and any other requested documents for verification purposes.
- Winners must collect their prize at the nearest Alimart branch before December 31st, 2023.
- Late collections will not be entertained, and the prize will be forfeited.
- Prize cannot be exchanged for other products or converted to cash.
- Prize are only for the personal use of the winners and cannot be sold or transferred to others.
Consent for Publicity:
By participating in the Contest, winners agree to grant the Organizer the right to publish and use their entries, including but not limited to the winner’s name, interviews, comments, and photographs, for advertising and promotional purposes, both present and future without any compensation.
PART IV: ORGANIZER’S RIGHTS
Modification or Termination, and Binding Agreement:
- By participating in this Contest, participants acknowledge that they have read, understood, and agree to be bound by these Terms and Conditions.
- ALIS FRIED CHICKEN as the Organizer reserves the right to modify, suspend, or terminate the Contest, or amend these Terms and Conditions at any time without prior notice.
- The Organizer’s decision is final and binding, non-disputable.
Language:
These Terms and Conditions are provided in both the Malay and English languages. In the event of any discrepancy between the two versions, the English version shall prevail. The existence of two versions of the Terms and Conditions shall not create doubt, ambiguity, or alter the rights and responsibilities of the Organizer.
These are the Terms & Conditions of Peraduan Cabutan Bertuah #SotongRajaBonanza ALIS FRIED CHICKEN. Please read them carefully before participating in this contest. By participating in the contest, participants are deemed to have understood, accepted, and agreed to these Terms & Conditions.
Jangan ketinggalan! JOM! Kumpul & menang sekarang!
Kunjungi outlet berdekatan
atau hubungi kami terus!
ALIS FRIED CHICKEN by Food Delicacy Materials Sdn. Bhd. (804704-M)
© 2008-2023 | All rights reserved