Kenapa Pilih Ayam Keping Berbanding dengan Daging Terproses?
Nilai Nutrisi yang Lebih Baik
Ayam Keping Alis Fried Chicken menggunakan dada ayam dan menawarkan nilai nutrisi yang lebih baik untuk setiap hidangan, dengan kandungan protein yang lebih tinggi serta sodium, lemak dan bahan tambahan tiruan yang lebih rendah berbanding dengan nugget beku atau daging terproses.
Perbandingan Nutrisi (setiap 100g)
| Nutrien | Ayam Keping Alis Fried Chicken | Daging Terproses (seperti Sosej, Nuget) |
|---|---|---|
| Tenaga | 106 kcal | ~250-300 kcal |
| Karbohidrat | 6.1 g | ~10-20 g |
| Jumlah Gula | 1.6 g | ~1.5 g |
| Protein | 19.1 g | ~12-15 g |
| Lemak | 0.6 g | ~20-25 g |
| Sodium | 0.1 g | ~0.5-1.5 g |
Nota: Nilai ini merupakan nilai purata. Kandungan nutrisi juga bergantung pada kaedah penyediaan (seperti jenis minyak yang digunakan, sama ada dibakar atau digoreng) serta bahan-bahan yang digunakan.
Perbezaan dari Segi Nilai Nutrisi
🥩 Kualiti dan Kandungan Protein
Ayam Keping menggunakan dada ayam yang mempunyai lemak yang rendah dan kaya dengan protein yang berkualiti tinggi. Manakala, daging terproses sering menggunakan ayam, lemak, kulit dan tisu penghubung yang dipisahkan secara mekanikal kerana dapat mengurangkan kepadatan protein dan nilai nutrisinya.
🍗 Kandungan Lemak
Walaupun kedua-dua pilihan ini digoreng, daging terproses biasanya mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi kerana lemak membantu mengekalkan rasa dan kelembapan. Namun begitu, lemak yang digunakan dalam daging terproses boleh mengandungi lemak trans yang kurang sihat apabila minyak digunakan berulang kali.
🧂 Sodium
Daging terproses mengandungi paras sodium yang tinggi disebabkan penggunaan bahan pengawet seperti natrium fosfat dan penambah perisa lain. Ini menyebabkan Ayam Keping pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin mengehadkan pengambilan sodium.
🚫 Bahan Tambahan dan Pengisi
Ayam Keping menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi bagi memastikan setiap hidangan lebih bersih dan berkhasiat berbanding dengan daging terproses yang mengandungi perisa tiruan, bahan pengawet dan bahan pengisi.
Pilihan yang Mudah Disediakan
Ayam Keping Alis Fried Chicken terdapat dalam pelbagai saiz, menjadikannya sangat fleksibel untuk memenuhi keperluan hidangan yang berbeza. Ayam Keping juga boleh disediakan dan dibahagikan pada beberapa bahagian dengan cepat, mengurangkan pembaziran serta menjimatkan masa di dapur.
Pilihan Saiz yang Tersedia:
AYAM KEPING
50 KEPING
AYAM KEPING
70 KEPING
AYAM KEPING
100 KEPING
Pelengkap Terbaik untuk Setiap Hidangan
Ayam Keping ialah bahan serba guna yang boleh menambah keenakan pelbagai hidangan. Ayam Keping juga dapat menjadikan hidangan anda lebih menyelerakan serta memberikan protein tambahan ketika dimakan dengan nasi, mi atau roti wrap.
Berikut adalah cara anda boleh menggunakan Ayam Keping dalam pelbagai hidangan:
Ayam Cucuk
1 “Ayam Keping 50 pcs”
1 “Ayam Keping 70 pcs”
1 Cawan (6 oz) “Ayam Biji 100 pcs”
Nasi Budget Berkuah
1 “Ayam Keping 50 pcs” + Nasi & Kuah Kari / Kurma / Buttermilk / Lemak
Nasi Lemak Ayam
½”Ayam Keping 50 pcs” atau 1 “Ayam keping 70 pcs” + Nasi Lemak, Sambal, Kacang, Ikan Bilis & Timun
Chicken Wrap/Kebab
Ayam Keping Digoreng atau Digrill + Roti Wrap, Salad & Sos
Chicken Chop
1 “Ayam Keping 50 pcs” + Coleslaw, Kentang Goreng & Sos Lada Hitam
Burger Ayam Crispy
1 “Ayam Keping 50 pcs” Digoreng dengan Tepung Ayam Goreng + Roti Burger, Salad & Sos
Kenapa Pilih Ayam Keping?
Ayam Keping ialah Pilihan terbaik untuk Kantin Sekolah, Kafeteria Kilang, Pengusaha Katering, Pengusaha Kafe, Restoran, Pasar Malam, Peniaga Makanan dan Lain-lain
⚡Cepat dan Mudah
Masa penyediaannya lebih pantas berbanding pilihan daging lain kerana dapat mengurangkan masa di dapur dan menyebabkan penyediaan makanan lebih efisien akibat kesibukan rutin harian.
Penyediaan yang minimum — hanya perlu dimasak dan dihidangkan. Ini memudahkan kerja staf dapur dan memastikan bekalan makanan sentiasa tersedia ketika waktu puncak.
💰Harga Berpatutan dan Makanan Berkhasiat
Kaya dengan protein: Ayam Keping membekalkan lebih banyak protein yang berkualiti tinggi berbanding dengan daging terproses. Protein adalah penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak golongan muda, menyokong fungsi kognitif dan membantu mereka kekal fokus dan belajar dengan lebih baik sepanjang hari.
Lemak dan sodium yang rendah: Ayam Keping kurang mengandungi lemak dan sodium berbanding dengan daging terproses, di samping menyokong kesihatan bagi pelajar dan pekerja kilang.
🍽️Serba Guna
Sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan: Ayam Keping memberikan kerangupan yang memuaskan dan protein tambahan bagi setiap hidangan ketika dimakan dengan nasi, mi, roti wrap atau burger. Ia amat sesuai untuk sekolah yang menawarkan pelbagai pilihan makanan kepada pelajar dan pekerja kilang yang memerlukan hidangan yang cepat dan berkhasiat semasa bekerja.
Mudah dibawa dan dimakan: Ayam Keping mudah dinikmati di mana-mana sahaja, sama ada sebagai makan tengah hari di sekolah atau snek untuk pekerja kilang. Bagi pelajar, ia dapat membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari, manakala untuk pekerja kilang, ia membekalkan nutrien yang diperlukan bagi mengekalkan tenaga semasa melakukan kerja fizikal.
Alis Fried Chicken: Jenama Pilihan yang Dipercayai
Ditubuhkan pada tahun 2008, Alis Fried Chicken kini menjadi jenama Ayam Keping No. 1 di Malaysia. Dengan penggunaan 100% isi dada ayam, Ayam Keping Alis Fried Chicken merupakan alternatif yang berkhasiat berbanding dengan daging terproses kerana dapat memastikan hidangan anda lebih berkhasiat dan memuaskan. Inilah sebabnya anda patut memilih Ayam Keping Alis Fried Chicken:

Kualiti Terjamin
Ayam Keping Alis Fried Chicken mematuhi garis panduan keselamatan makanan bagi memastikan standard kualiti tertinggi sentiasa dikekalkan.

Sijil Halal
Semua produk memenuhi kriteria Halal yang ditetapkan oleh sijil JAKIM, MeSTI, HACCP dan VHM, agar anda yakin dengan kualiti dan keselamatan makanan yang dihidangkan

Pasukan Profesional
Pasukan kami yang berpengalaman akan memastikan setiap peringkat pengeluaran memenuhi standard tertinggi dari segi kebersihan, sanitasi dan kawalan kualiti.

Teknologi Inovatif:
Kami menggunakan mesin teknologi untuk pengeluaran yang lebih tepat bagi memastikan rasa dan tekstur yang konsisten dalam setiap hidangan.
Ayam Keping Alis Fried Chicken ialah pilihan terbaik dan lebih menjimatkan untuk kantin sekolah, kafeteria kilang, pengusaha katering, pengusaha kafe, restoran, pasar malam, peniaga makanan dan lain-lain. Ayam Keping mampu melengkapkan pelbagai hidangan dan memastikan menu anda kekal sihat dan berpatutan dengan nilai nutrisi yang lebih baik dan penyediaan yang mudah.
Untuk maklumat lanjut atau membuat pesanan, sila hubungi kami hari ini atau kunjungi Alimart yang terdekat!